Tuesday, 18 September 2012

MCA


ISU SABAH SARAWAK


JALAN ALA RALLY UMNO. RAKYAT SABAH MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KERANA MASIH KEKALKAN ALAM SEMULA JADI SABAH DAN MEMBIARKAN RAKYAT SABAH MERANA MENANGGUNG "maintenance Kereta" dengan menggunakan BR1M baru-baru ini.

Lokasi: Sungai Imbak
KERAJAAN YG MEMERINTAH 55THUN NK BG JAMBATAN PUN TK MAMPU KER? SEBAIKNYA NAJIB BAGI KAPAL SELAM YG TKLEH MENYELAM TU KT RAKYAT KAWASAN NI AGAR DPT MELINTASI SUNGAI TU





"Banjir tanpa hujan"
Lokasi: Lorong Buah Kurma, Kolombong
TERIMA KASIH UMBNO KERANA MASIH LAGI MEMANGGIL KAMI SIMPANAN UNDI TETAP BAGI MALAYA.1Malaysia,rakyat di dahulukan?






Jalan nak pi sekolah -SK Saliku Nabawan Sabah.

8 tahun lagi negara Malaysia akan mencapai wawasan 2020 iaitu negara yang maju di rantau asia. Tetapi tidak mungkin di Sabah, slogan wawasan 2020 berpuluh tahun telah di dengar, jalan seperti ini di pedalaman Sabah sudah berpuluh tahun terabai.
Sumber : @Cikgu Mereni 
p/s; Jika ada pihak berwajib mengambil tindakan tatatertib kpd cikgu & sesiapa saja membuka kebenaran kepada umum. Bagitau di 1SS. kita akan berjalan bersama mendapatkan hak mutlak kita semula.






Jambatan Janji di tepati. KG Lumiri SOOK

Bila ada aduan jalan tidak berapa bagus. Yang selalu membunuh niat pengadu ialah SABAHAN sendiri YANG PENTINGKAN Diri sendiri.
-Bila di pos gambar seperti di bawah,ada yg mengatakan 
-" Jalan kami lagi teruk tapi tidak pun bising"
-" Syukurlah ada jalan, Kalau pembangkang yg perintah mungkin lagi banyak jalan macam ni"
-" Ini jalan persendirian untuk pigi kabun baini"
-" kita patut bersyukur dapat bantuan BR1M,KR1M,R1M,F1DLOT,DLL"
-" 1SS pembangkang, Kenapa tidak pos Jalan yg baru di buat di KG lain,? " ( TV3suku,Page FB BN,1Malaysia dll kenapa tidak siar Jalan yang daif di SABAH ?)"
-" Ini bukan jalan orang kampung,Mana ada jalan macam ni lagi, di KG saya tiada macam ni. Ni gambar zaman bila ni ? "
-" Gambar edit ni"
-" Ini Banjir punya pasal lah,Kenapa salahkan kerajaan,sudah kena bagi BR1M,Bonus, Masih lagi tidak tahu bersyukur" ( Jika di teliti, Jambatan Zaman kayu balak,Tiada pagar,Parit tidak di simen)
-" Ini bukan jalan kampung, Ini jalan hutan untuk binatang,kera2,monyet dan babi !"






1 Suara Sabah
Liked · Friday

Inilah air Kolam yang digunakan Penduduk Kg. Seliku untuk mandi dan membasuh pakaian.

Kalau inda percaya, datanglah ke Kg. Seliku Kuala Penyu .lihat sendiri dengan biji mata sendiri...(kerajaan yg memerintah berpuluh2 thn pun tk mampu bg kemudahan pada rakyat? klu mcm ni tk yah jd pemerintah)

kredit pos : Sailli Bin Suntim




angan terkejut kerana ini adalah realiti. Sekolah ini adalah kawasan berdekatan dengan bandaraya Kota kinabalu.Sebenarnya ada banyak lagi sekolah seperti ini di pedalaman Sabah.
Laman sosial ini telah banyak membuka mata rakyat Sabah bahawa inilah sebenarnya yang di hadapi rakyat Sabah selama ini. Ingat kita bukan baru 3-4 tahun merdeka,dan hasil bumi seperti minyak bukanlah 2-3 juta. Tetapi nege
ri Sabah telah keluarkan hasil minyak berbilion ringgit selama berpuluh-puluh tahun merdeka.
Lokasi: Sk Tampulan Telipok Kota Kinabalu Sabah Malaysia
kredit pos: Cikgu M 




Situasi ini Perkara Biasa. Malas mau cakap.

Dulu zaman era Sabah merdeka pun kita merasa keadaan begini,Kini Zaman menuju mencapai negara maju wawasan 2020 pun masih lagi Sabah seperti ini..Syukurlah Generasi baru dapat merasa kaki ayam ke sekolah.
P/s: Nilai lah sendiri kesengsaraan yang Sabahan hadapi.
Terima kasih 1Malaysia.







Sebidang banner yang dipasang dekat rumah Tok Penghulu Kg Pulau Penampang di Kg Delima Sepanggar Sabah. Biarpun rumah besar namun kemudahan asas seperti air , api dan jalanraya yang baik tidak disedia sejak sekian lama. Kemanakah kekayaan hasil bumi Sabah ? Siapa yang menikmatinya ? Ini kalilah berabis kita !



ISU PAHANG











TROOL POLITIK










ISU TERENGGANU





PERDANA MENTERI, Najib Razak begitu bangga dengan program "Jelajah janji ditepati" ke seluruh negara yang saling tak tumpah seperti program "Jom Heboh".

Program "Jelajah Janji Ditepati" ini kononnya untuk menunjukkan bagaimana Barisan Nasional telah menepati segala janji yang dibuat kepada rakyat Malaysia.

Sebenarnya pada pendapat ReJaM© secara peribadi ini hanyalah program "Syok Sendiri" kerana
terlalu banyak janji-janji kosong yang ditabur oleh Barisan Nasional namun sehingga sekarang masih tidak ditunaikan atau ditepati.

Baiklah, mulai hari ini MiLo SuaM akan dedahkan satu persatu janji kosong Barisan Nasional yang ditabur sekadar untuk meraih undi rakyat.

Lihat gambar di bawah ini baik-baik. Ini salah satu bukti janji kosong Barisan Nasional kepada penduduk Dungun Terengganu. Janji kosong ini ditabur pada tahun 2006, kononnya Barisan Nasional berjanji untuk membina hospital baru di sini.

Namun selepas enam tahun, hospital yang dijanjikan tak muncul-muncul, semak samun sahaja yang diterima oleh rakyat. Papan tanda tapak hospital pun dah berkarat tunggu masa nak tumbang.





Gelongsor Air RM2.69 juta Zoo Bukit Takal Terbiar

KEMAMAN – Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said dan pihak berkuasa Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) diminta menjelaskan, mengapa kemudahan ‘gelongsor air’ di Taman Tema Rekreasi dan Zoo Bukit Takal, Kemaman terbiar.


Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Kawawan Kemaman, Haji Zulkifli Md Yakim, orang ramai yang berkunjung mengadu, kemudahan yang terdapat di zoo terbabit adalah hanya ‘indah khabar dari rupa’.

“Gelongsor air itu dibina mula dibina pada tahun 2009 dengan kos RM 2,690,000.00, mula beroperasi sekitar Februari 2011, setelah dua tahun zoo tersebut dirasmikan,

“tapi kini sekitar setahun lebih tama tema air itu dibuka kepada orang ramai, ia menjadi terbiar, MB dan MPK kena jelaskan megapa jadi begitu,”ujarnya ketika ditemui.

Beliau berkata, beberapa kemudahan lain juga seperti seperti kemudahan ‘buggy’ dan ‘ran gajah’ juga tidak lagi disediakan kepada orang ramai kerana telah rosak dan mengalami pelbagai masalah.

Menurutnya, pembinaan berterusan yang tidak berkesudahan juga menyebabkan beberapa bahagian dalam zoo tersebut ditutup kepada orang ramai.

Mengulas perbelanjaan kerajaan yang besar dalam membangunkan pusat rekreasi terbabit, beliau berkata Ahmad Said mungkin tersalah kira atau terlupa tentang jumlah sebenar wang digunakan.

Beliau yang seorang ahli perniagaan berkata, beberapa tender pakej pembangunan zoo tersebut yang telah dilaksanakan telah pun hampir RM20 juta.

“sebagai contoh, membina Akuarium pada 4 Ogos 2008 bernilai RM 595,000.00, Membina Tempat Letak Kereta pada 3 Mei 2009 berjumlah RM 100,000.00, Pembangunan Pakej 7 : African Savana sebagaimana tender yang diberikan pada 14 September 2011 berjumlah RMRM 9,450,000.00,

“kemudian Pembangunan Pakej 9 : Wild Asia pada 18 Mac 2012 sebanyak RM 9,000,000.00,”jelasnya.

Katanya, itu tidak termasuk projek membina pencawang elektrik sebanyak RM172,000, pembinaa Pakej 8; Water Reticulation bernilai RM3.6 juta dan pembinaan pakej 5 jalan dan longkang yang berjumlah RM2 juta.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada jawapan Ahmad dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 25 April lalu.

Ahmad ketika menjawab soalan ADUN Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata pembinaan zoo terbabit hanyalah kira-kira RM14 juta sahaja.





Anak terpaksa diberi makan sagu kerana dihimpit kemiskinan


DUNGUN – Luluh hati seorang ibu tatkala melihat anaknya terpaksa diberi makan sagu untuk mengisi perut kosong setelah bekalan beras di dapur kehabisan.

Namun, kemiskinan hidup menyebabkan Suharni Basir, 43, yang pernah tinggal di sebuah pondok usang di kampung Gong Beting dekat sini, tiada pilihan melainkan menghidangkan makanan yang pada masa kini hanya sesuai untuk makanan ternakan sahaja, demi memastikan lima anaknya berusia tujuh hingga 13 tahun itu tidak mati kelaparan.

Kisah duka keluarga malang ini dikongsi Suharni bersama Sinar Harian, setelah dia yang mendirikan rumah tangga bersama Zuki Hashim, 45, sejak lebih 10 tahun lalu, tidak lagi sanggup melalui detik getir ini setelah pelbagai bantuan gagal dinikmatinya, biarpun dari segi zahir mereka lebih daripada layak untuk menerimanya.

Menurut Suharni, hidangan sagu menjadi rutin kehidupan buat keluarganya yang sentiasa dihimpit kemiskinan itu.

“Ketika menghidangkan sagu untuk diberi makan kepada anak-anak, mereka pernah tanya, mak, makanan apa ni?

“Hati saya luluh mendengarnya, tapi saya tetap pujuk anak supaya makan kerana kalau tidak makan sagu itu, kami akan mati kelaparan," katanya.

Suharni bersama anak-anak dan suaminya, Zuki, ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Suharni berkata, dia terpaksa menjadikan pondok buruk yang hanya layak dijadikan kandang ternakan sebagai tempat berlindung daripada panas dan hujan kerana telah dihalau dari rumah didudukinya sekeluarga sebelum ini kerana gagal menjelaskan sewa rumah, biarpun kadar sewanya tidak sampai RM200 sebulan.

Katanya, dia terpaksa membawa empat anaknya mencari tempat berlindung sehinggalah menemui sebuah pondok usang yang terbiar itu.

“Saya pernah dihalau keluar rumah kerana gagal membayar sewa dan kami tujuh beranak terpaksa menumpang teduh di sebuah pondok buruk dalam semak tanpa kemudahan air dan elektrik.

“Kami tidur bertemankan pelita minyak tanah, tiada kemudahan air dan elektrik dan waktu malam kami dikerumuni nyamuk, bayangkanlah daifnya kehidupan kami ketika itu,” katanya.

Untuk meringankan beban suami yang hanya bergantung harap kepada kerja tukang rumah itu, dengan kudrat yang masih ada, Suharni terpaksa mengayuh basikal sejauh tiga kilometer setiap hari untuk bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan
pendapatan RM15 sehari.

Dengan duit itulah dia dapat membeli keperluan makanan jika suaminya gagal memperoleh pendapatan.

5 anak tidak dapat sekolah

DENGAN nada sebak Suharni meluahkan, lebih menyedihkan, kemiskinan hidup juga menyebabkan lima anaknya tidak dapat bersekolah, biarpun jauh di sudut hatinya ingin melihat kesemua permata hatinya itu berjaya dalam pelajaran seperti anak-anak jiran lain.

Katanya, segalanya berpunca setelah kesemua anaknya, Nazihan, 7, Nasarudin, 9, Nurshafiqah, 11, Zulfitri, 13, yang jika bersekolah antara tahun satu hingga tingkatan satu itu tidak mempunyai dokumen sijil kelahiran kerana sewaktu dia melahirkan anak, dia tidak mempunyai wang untuk menjelaskan bil hospital.

“Kadang-kadang saya berendam air mata sebab tengok anak-anak orang lain semuanya bersekolah.

“Saya sudah berikhtiar untuk mendapatkan semula dokumen kelahiran diperlukan di Pejabat Pendaftaran, namun saya kecewa kerana masih gagal berurusan atas pelbagai alasan, selain tidak berkemampuan untuk menjelaskan denda dikenakan,” katanya.

Sementara itu, salah seorang anak Suharni, Nashafiqah Zuki berkata, dia teringin menikmati alam persekolahan seperti kanak-kanak lain, namun masalah ketiadaan dokumen kelahiran menyebabkan dia gagal diterima masuk di sekolah rendah, biarpun jarak rumahnya dengan sekolah tidak sampai 50 meter.

“Saya teringin sangat nak sekolah seperti rakan lain, tapi tak dapat, nak buat macam mana,” katanya.

Suami Suharni, Zuki pula berkata, dia sudah puas berikhtiar, namun sehingga kini lima anaknya itu masih tidak dapat bersekolah kerana ketiadaan dokumen.

“Saya hanya bekerja sebagai tukang rumah, berapalah sangat pendapatan saya, hanya cukup makan sahaja.

“Nak selesai dokumen anak saya tu, kena pergi Kuala Lumpur, semuanya kena pakai duit, saya manalah mampu,” kata Zuki yang kini menyewa sebuah rumah papan berdekatan Sekolah Kebangsaan Kampung Nyiur, Paka.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyumbang melalui akaun Bank Simpanan Nasional Zuki Hashim: 11004-41-0003019-1.

Maklumat lanjut berkaitan keluarga malang ini boleh hubungi wartawan sinar di talian 019-9391369.

Zuki dan Suharni masih mengharapkan satu keajaiban tuhan untuk mengubah nasibnya setelah lima anaknya berusia antara tujuh hingga 13 tahun tidak bersekolah selain terpaksa menjadikan sagu sebagai makanan rutin harian susulan kemiskinan
hidup.





UMNO DAN MAKSIAT


TROPPERB UMNO


















ni gambor full perbincangan sulit cybertrooper umno kantoi .. tp yg ni gambar zamzuri dah tkde sbb dia dah block akaun yg screen shot perbincangan sulit mereka ni..tu la kerja pengecut dah kantoi main block2 pulak dah .. mesti dia tngh tercari2 tu dr akaun sape yg shot pvt group ni,, kahkahkah adakah akaun dihack ? ataupun ada spy dlm geng2 dia atau pun dr golongan mereka yg sudah mengkianati parti wahahaha cari zamzuri jgn tk cari , cari sambil2 spin dan provokasi..

TUN M




KOEKSI POSTING


ISU SEMASA




NST EDIT GAMBAR SAMBUTA RUMAH TERBUKA NAJIB DI PEKAN